Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ameem finalis Getaran Jiwa dari Johor.

Getaran Jiwa: Ameem sedikit tertekan menjelang final malam ini

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 9 Dis: Perasaan teruja dapat menempa tempat di peringkat akhir Getaran Jiwa kini bercampur tertekan apabila perasaan gemuruh muncul menjelang konsert akhir program realiti terbitan TVS itu.

Mengimbas kembali pada minggu separuh akhir pertama apabila juri jemputan, Fauzi Marzuki berpendapat susunan lagu Ameem pada minggu tersebut tidak menepati kualiti yang dikehendaki dengan penyampaian genre.

“Dari segi susunan lagu, saya mengakui agak mencabar kerana ia adalah sebuah lagu yang rancak tetapi dengan lirik yang sedih. Saya diberi tugasan untuk tidak menyanyikan lagu itu seperti yang asal dan menukar kepada genre ‘blues’ tetapi saya menyanyikannya dalam genre RnB,” katanya

Pada minggu separuh akhir pertama, Ameem mendendangkan lagu Bila Larut Malam nyanyian asal Puan Sri Saloma.

Minggu akhir ini juga Ameem mendapat lagu dengan genre yang sama.

“Untuk tugasan solo, saya mendapat lagu yang mana pada asalnya adalah sebuah lagu rancak tetapi dengan lirik yang sedih. Saya pula seorang penyanyi balada dan RnB jadi saya cuba untuk menunjukkan kekuatan saya dari segi nyanyian balada.

“Jadi persiapan saya adalah saya meminta kepada pihak muzik agar tidak memainkan lagu ini dengan terlalu perlahan dan laju kerana saya perlu menghayati lagu ini.

“Satu lagi, lagu ini merupakan sebuah lagu yang kod minor dimana lagu yang perlahan boleh menjadi kod major apabila ke bahagian korus.

“Walaupun lagu ini memberikan tekanan, saya perlu fikir akan susunan lagu ini dan prop yang juga sedikit sebanyak boleh menyumbang kepada kualiti persembahan saya,” katanya lagi.

Ameem merupakan peserta tunggal dari Johor dan mara ke peringkat akhir dengan kejayaannya pada peringkat separuh akhir pertama yang juga diserap masuk sebagai ‘GJ Kembali’.

Saksikan Konsert Akhir Getaran Jiwa pada Jumaat, 9 Disember jam 8:45 malam di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.

Konsert Akhir Getaran Jiwa bakal berlangsung di Stadium MBKS, Bintawa dan pintu dibuka seawal 7:00 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan