Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Sarawak contoh perpaduan terbaik negara – Aaron

KUCHING, 8 Dis: Semangat perpaduan serta toleransi antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak merupakan contoh terbaik yang boleh diikuti negeri lain.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata semangat hidup secara harmoni itu juga penting ketika negara kini mempunyai kerajaan yang berasaskan perpaduan.

“Kita di Sarawak tidak mempunyai masalah perpaduan di sini. Kami hidup dalam suasana harmoni di sini.

“Diharapkan apa yang kita amalkan di sini dapat diikuti negeri lain di Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini.

Sementara itu, Aaron berkata Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Arkib Negara yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pelancongan kini diletakkan di bawah kementeriannya.

Pada 2 Dis lepas, Aaron yang merupakan Ahli Parlimen Kanowit sejak 2004 telah dilantik dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan II dari 2020 sehingga 2022 di bawah dua perdana menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan