Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Helikopter Terhempas, Lima Individu Selamat

ByTVS

KUALA LUMPUR- Sebuah helikopter jenis Airbus H125 terhempas dalam kejadian di dalam kawasan Lapangan Terbang Subang pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Lima individu dalam helikopter itu termasuk seorang juruterbang dan penolong juruterbang terselamat dalam kejadian itu, dengan seorang mengalami kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.47 pagi tadi dan segera ke lokasi kejadian.

“Tiada kebakaran dikesan pada helikopter itu dan kesemua mangsa dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi.

Norazam berkata, seorang mangsa patah kaki dan cedera di kepala manakala empat yang lain tidak mengalami kecederaan.

– BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan