Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian (dua dari kiri) menyempurnakan acara pecah tanah untuk Projek Perumahan Petra Vistana (Taman Koperkasa). Foto: Salasiah Safian (TVS)

Projek perumahan Petra Vistana diteruskan oleh Koperasi Koperkasa Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 07 Dis: Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad berjaya meneruskan Projek Perumahan Petra Vistana (Taman Koperkasa) yang tertangguh sebelum ini.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, tanah seluas 35.5 hektar untuk membangunkan projek tersebut telah diberikan kepada Koperkasa pada tahun 1980-an.

Projek perumahan Petra Vistana diteruskan dengan 835 unit

Abang Johari menyatakan inisiatif Koperkasa ini merupakan khabar baik buat ahli-ahlinya yang terdiri daripada penjawat awam negeri dan persekutuan, kakitangan majlis tempatan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Saya berharap projek yang melibatkan empat blok bagi keseluruhan 835 unit pembangunan rumah bercampur ini akan menjadi tempat perlindungan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian di Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Petra Vistana (Taman Koperkasa) di sini, hari ini.

Difahamkan projek berkenaan merangkumi 219 unit rumah di blok empat, 367 unit rumah di blok lima, 125 unit rumah di blok enam dan 124 unit di blok tiga.

Projek pembangunan Petra Vistana (Taman Koperkasa) dijangka siap dalam tempoh lapan tahun bermula tahun ini, 2022 hingga 2030.

Sementara itu, Koperkasa merupakan sebuah koperasi terbesar di Sarawak dengan jumlah anggota sebanyak 25,105 orang dan aset yang bernilai RM250 juta.

Berdasarkan statistik pada tahun 2021, sebanyak 1,109 buah koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak dengan ahli seramai 297,332 orang, modal syer dan modal yuran berjumlah RM216 juta dan aset bernilai RM636 juta serta perolehan sebanyak RM311 juta. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found