Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Proses pengundian di Parlimen Padang Serai berlangsung dalam suasana aman hari ini. Foto: TVS

PRU-15: Polis terima 9 laporan pelbagai kesalahan pilihan raya di Padang Serai

KULIM, 7 Dis: Polis menerima sembilan laporan berhubung pelbagai kesalahan dalam tempoh 13 hari sejak penamaan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Parlimen Padang Serai di sini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, situasi sepanjang kempen bagaimanapun aman dan tiada insiden tidak diingini berlaku.

Ujarnya, polis melakukan siasatan terhadap sembilan laporan tersebut dengan tiga kertas siasatan dibuka.

“Ia membabitkan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (berkaitan kenyataan-kenyataan dikhuatiri mendatangkan khianat awam) dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian).

“Kes-kes ini akan dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut selepas siasatan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Lunas di sini hari ini.

Tambah Wan Hassan, seramai 1,217 keanggotaan membabitkan pasukan polis, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditugaskan di kawasan berkenaan sejak hari penamaan calon Khamis lalu.

PRU-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon PH yang juga penyandang, M. Karupaiya, meninggal dunia pada 16 November lalu akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin, Hamzah Abd. Rahman (Pejuang), Sreanandha Rao (Bebas), Mohd. Bakri Hashim (Warisan), Dr. Mohamad Sofee Razak (Pakatan Harapan) dan Datuk C. Sivaraj (Barisan Nasional).

Bagaimanapun, calon Warisan dan BN menarik diri lebih awal bagi menyatakan sokongan kepada calon PH. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan