Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing ditemuin TVS semalam di Bintangor, Sarikei. Foto: TVS

Lampu isyarat pintar lancarkan aliran trafik di Bintangor

BINTANGOR, 7 Dis: Aliran trafik simpang empat di laluan utama di Bintangor kini lancar sejak lampu isyarat pintar baharu beroperasi di kawasan berkenaan.

Kemudahan tersebut merangkumi projek menaik taraf kawasan setempat yang bernilai hampir RM500,000 bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata projek baharu tersebut melibatkan kerja-kerja pemasangan lampu isyarat digital termasuk melebarkan laluan bagi melancarkan aliran trafik.

“Lampu isyarat yang lama telah rosak kerana sering dilanggar oleh kenderaan. Jadi, untuk projek baharu ini telahpun bermula pada 2 Ogos 2022 dan dijangka siap 2023. Saya ingin berterima kasih kepada kontraktor kerana projek ini siap lebih awal dan penduduk Bintangor gembira apabila kemudahan ini telah beroperasi namun kita harus memperuntukkan masa untuk mengkaji aliran trafik,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Beliau berkata matlamat utama projek itu adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya selain memastikan aliran lalu lintas di kawasan itu lebih teratur.

Menurutnya, projek itu menekankan penggunaan sistem trafik penyesuaian koordinasi Sydney (SCATS) atau lampu trafik pintar bagi menambah baik lalu lintas, selain itu sistem berkenaan turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

“Lampu isyarat yang lama bukan jenis tiang tergantung tetapi ia menggunakan tiang biasa. Jadi ia selalu dilanggar apabila ada kenderaan yang lalu. Sistem lampu isyarat yang baharu ini kita boleh lihat di sekitar Sarawak seperti yang saya kata, ia merupakan lampu trafik pintar yang mengikut aliran trafik. Inilah perbezaan utamanya dengan lampu trafik yang lama,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau mendedahkan kerja melebarkan bahagian tepi jalan raya bagi memudahkan pergerakan kenderaan dari Sibu ke Sarikei dan Sarikei ke Bintangor akan dilaksanakan menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan