Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Ulang Tahun ke-20 PC Image Sdn Bhd dan Penyampaian Anugerah Malaysia Book of Record (MBOR).
Majlis Penyampaian Anugerah Malaysia Book of Record (MBOR) yang disaksikan Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian. Foto: TVS

Sarawak bakal jadi kuasa ekonomi terbesar menjelang 2030

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 6 Dis: Sarawak bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar di Malaysia menjelang tahun 2030, kata Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Sarawak yang bekerja di luar negeri untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak.

Sarawak berupaya jadi kuasa ekonomi terbesar

“Ketika ini, kita adalah yang ketiga terbesar dari segi ekonomi di negara ini, tiada persoalan tentang itu, manakala negeri kedua terbesar pada masa ini ialah Selangor yang mempunyai RM2.45 bilion bajet negeri.

“Sarawak pula, pada tahun 2018, mempunyai bajet negeri sebanyak RM5 bilion ke RM6 bilion, namun pada tahun ini, ia sudah meningkat kepada RM11 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-20 PC Image Sdn Bhd dan Penyampaian Anugerah Malaysia Book of Record (MBOR) di sini, malam tadi.

Justeru, katanya, rakyat perlu tahu arah tuju dan haluan kerajaan terutamanya dari segi peluang perniagaan bagi keusahawanan yang boleh menyumbang kepada ekonomi Sarawak.

Terdahulu, Dr Sim menyaksikan penyampaian sijil pengiktirafan MBOR kepada PC Image Sdn Bhd ke atas pencapaiannya sebagai ‘Outlet Komputer Terbesar di Malaysia’ dan peristiwa penting itu menjadikan organisasi tersebut sebagai salah satu kedai rangkaian komputer terkemuka di negara ini.

PC Image Sdn Bhd bermula di Kuching pada tahun 2000 di Wisma Saberkas, kini perniagaannya telah berkembang pesat ke Sabah dan Semenanjung Malaysia dengan mempunyai lebih 30 cawangan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut berkenaan PC Image, sila layari pcimage.com.my/tvs – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan