Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand telah dibatalkan sehingga 2026, demikian diumumkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Badminton: Axelsen, Tamaguchi pemain terbaik BWF

ByBernama

BANGKOK, 6 Dis: Juara Olimpik dan dunia Viktor Axelsen dinobatkan Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada majlis makan malam gala Jelajah Dunia Akhir BWF di sini, malam tadi.

Pemain nombor satu dunia dari Denmark itu mengetepikan dua lagi pemain perseorangan iaitu juara dunia 2021 Loh Kean Yew dari Singapura dan pemain perseorangan negara yang juga nombor dua dunia, Lee Zii Jia.

Juara dunia wanita dari Jepun Akane Yamaguchi memenangi Anugerah Pemain Wanita Terbaik manakala beregu campuran dari China Zheng Siwei-Huang Yaqiong dianugerahkan Beregu Terbaik.

Anugerah tahunan sempena majlis makan malam gala Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 itu diadakan bagi mengiktiraf prestasi pemain pada musim 2021/2022.

Pemain perseorangan lelaki muda dari Jepun Kodai Naraoka menerima Anugerah Eddy Choong untuk Pemain Paling Berbakat manakala gandingan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia pula meraih Anugerah Pemain Paling Meningkat.

Sementara itu bagi kategori badminton para pula, Daiki Kajiwara (berkerusi roda 2) dari Jepun dan juara dunia perseorangan wanita SU5 Manisha Ramadass dari India dinamakan Pemain Para Terbaik, masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.

Pasangan dari Jerman Rick Hellmann-Thomas Wandschneider pula memenangi Anugerah Beregu Para Terbaik.

Menurut BWF, calon-calon dipilih berdasarkan prestasi pemain pada musim 2021/2022 bermula 1 November 2021 hingga 31 Oktober 2022 dengan mengiktiraf pencapaian pemain elit serta para bagi perseorangan dan beregu dalam lapan kategori. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan