Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JPBNS memaklumkan terdapat dua kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di Sibu pada minggu lepas. Foto: Nazirah Adlina (TVS)

COVID-19: Dua kematian di Sibu pada minggu lepas

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 5 Dis: Dua kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sibu bagi tempoh seminggu lepas, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

JPBNS turut memaklumkan, bagi tempoh berkenaan juga, sebanyak 916 kes baharu direkodkan di seluruh Sarawak.

“Daripada keseluruhan kes baharu, sebanyak 884 jangkitan pada kategori satu dan dua manakala 32 kes dalam kategori tiga, empat dan lima,” jelas JPBNS menerusi kenyataan media hari ini.

Jumlah itu menjadikan kes keseluruhan COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 321,227 kes sejak dilanda pandemik COVID-19.

Sementara itu, Kuching menunjukkan penurunan kes baharu iaitu sebanyak 276 kes berbanding 354 pada minggu sebelumnya.

Bagi tempoh berkenaan juga, hanya Belaga tidak mencatatkan sebarang kes baharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan