ANKARA, 5 Dis: England menewaskan Senegal 3-0 pada Ahad dalam perlawanan pusingan 16 sebelum melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022, lapor Agensi Anadolu.
Jordan Henderson berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk England pada minit ke-38 dibantu Jude Bellingham.
Sementara itu, bintang England Harry Kane menjaringkan gol pertamanya di Qatar 2022 pada separuh masa pertama menerusi serangan balas.
The Three Lions mendahului separuh masa pertama 2-0 di Stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar.
Pada minit ke-57, pemain sayap England, Bukayo Saka menghadiahkan gol penyudah jarak dekat selepas dibantu Phil Foden.
England dijadual menentang Perancis pada Sabtu di Stadium Al Bayt. -TVS