Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (tengah belakang) bergambar bersama penerima koperasi negeri Sarawak. Foto: TVS

Negara masih bergantung kepada import makanan – Awang Tengah

KUCHING, 5 Dis: Negara masih bergantung  kepada import makanan yang mengakibatkan defisit imbangan perdagangan makanan sehingga mencecah RM50 bilion, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, pelbagai penyelesaian jangka sederhana dan panjang sedang dilakukan kerajaan untuk membantu barisan hadapan pertanian pulih sepanjang tempoh mencabar ini.

“Koperasi juga perlu terus memainkan lebih aktif dalam mencari akses pasaran baharu dan pada masa sama memajukan ekonomi dalam pertanian,” katanya ketika berucap merasmikan seminar Transformasi Rantaian Tani Niaga Peluang Koperasi di sini.

Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Katanya, Dasar Agro Makanan Negara 2.0 meletakkan sektor pertanian dan penghasilan sumber makanan menjadi antara agenda utama untuk memastikan keterjaminan sumber makanan negara pada masa hadapan dengan Memanfaatkan Revolusi Perindustrian 4.0.

“Ia bagi meningkatan jaminan keselamatan makanan dengan meningkatkan produktiviti makanan sekali gus menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk usahawan tani.

“Berdasarkan statistik, 3,329 koperasi yang berdaftar di seluruh negara terlibat dalam menjalankan perniagaan berkaitan aktiviti pertanian,” ujarnya.

 Awang Tengah berkata, sektor koperasi menjadi sektor ketiga terpenting selepas sektor swasta dan sektor kerajaan degan jumlah aset melebihi RM140 bilion.

“Memiliki rantaian berjumlah 14,834 serta ahli melebihi tujuh juta orang, sektor tersebut berada di landasan terbaik untuk pembangunan komuniti yang menyeluruh sekali gus membantu mencapai hasrat kerjaan untuk meningkatkan sosio-ekonomi rakyat secara inklusif.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan