Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) yang juga Penulis Buku Anak Malaysia: Sebuah Perjalanan Politik Progresif bersama bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semasa pelancaran Naskhah Buku Anak Malaysia sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) di MBSA Convention Centre hari ini. Foto Bernama.

Pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan diperlukan untuk stabilkan ekonomi – Nik Nazmi

SHAH ALAM, 4 Dis: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mempertahankan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menggalas portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Nik Nazmi berkata, pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah berdepan krisis ekonomi pada 1990-an diperlukan bagi menangani kemelut ekonomi yang berlaku ketika ini.

“Memikirkan soal ekonomi yang sangat tidak stabil, Anwar layak kerana beliau pernah mengemudi negara pada era 1990-an (zaman krisis ekonomi), jadi kita harap dengan pengalaman itu sangat penting seseorang seperti Anwar, untuk mengemudi ekonomi negara,” kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran bukunya, ‘Anak Malaysia: Sebuah Perjalanan Politik Progresif’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) ,di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.

Buku yang berkisarkan mengenai kisah hidup Nik Nazmi dan refleksinya tentang politik Malaysia itu, dilancarkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Sebelum ini,  Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 dan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998.

Ahli Parlimen Tambun itu juga pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia pada 1990-an.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan