JAKARTA, 4 Dis: Gunung Semeru di wilayah Lumajang, Jawa Timur kembali meletus hari ini sejak pagi tadi setinggi 1,500 meter dari puncak.
Menurut Agensi Geologi, Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG), letusan itu berada sekitar 800 meter dari puncak.
Berdasarkan pemantauan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Semeru, letusan itu berterusan sehingga kini.
Dalam mengantisipasi dampak risiko Kepala BPBD Darurat Kabupaten Lumajang, Joko Sambang meminta masyarakat tidak melakukan kegiatan di sekitar kawasan tersebut.
“Demi menjangkakan kesan risiko abu gunung berapi, pihak kami merayu kepada semua orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti sejauh 13 kilometer dari puncak (pusat letusan),” katanya.
Sementara itu, dengan aktiviti letusan yang berlaku, PVMBG menetapkan status ‘SIAGA’ bagi Gunung Semeru. -TVS