Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah DBPCS Abang Haliman Abang Julai (tengah) bersama Timbalan Pengarahnya, Jaafar Hamdan mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Eksekutif Sarawak Media Group (SMG) Sdn Bhd, Sarbini Hamdan, pada Jumaat. foto: DBPCS

DBPCS optimis TVS platform terbaik kembang karya sastera Bumi Kenyalang

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 4 Dis: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) optimis TVS merupakan platform terbaik untuk mengembangkan karya sastera dan kearifan tempatan di Bumi Kenyalang.

Pengarahnya, Abang Haliman Abang Julai berkata DBPCS berhasrat meluaskan rangkaian kerjasama dengan TVS sebagai rakan sinergi susulan kemampuan dan kepakaran yang dimiliki oleh stesen televisyen pertama Sarawak berkenaan dalam bidang penyiaran di negeri ini.

“TVS dilihat sebagai sebuah agensi swasta yang dapat membantu DBP dalam mengembangkan karya sastera dan kearifan tempatan di Bumi Kenyalang,” katanya.

Abang Haliman berkata demikian ketika dipetik menerusi laporan Dewan Masyarakat pada halaman Jendela DBP di sini, pada Sabtu.

Terdahulu pada Jumaat, Abang Haliman diiringi Timbalan Pengarahnya Jaafar Hamdan berserta rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Eksekutif Sarawak Media Group (SMG) Sdn Bhd, Sarbini Hamdan.

Bercakap mengenai pertemuan itu, Abang Haliman memberitahu inti pati kunjungan turut mendedahkan kepada pihaknya terhadap pemahaman berkaitan dengan pengoperasian TVS yang merupakan organisasi milik SMG dan bersiaran melalui Astro saluran 122 atau MyTV.

Abang Haliman menambah pelbagai maklumat tentang pembangunan dan program yang dilaksanakan oleh TVS turut dikongsikan kepada pihak DBP bagi melihat ruang kerjasama yang dapat dilaksanakan bersama-sama.

“Selepas ini, DBP Cawangan Sarawak berharap TVS dapat membantu dalam mempromosikan kegiatan yang dilaksanakan oleh pihak DBP,” ujarnya.

Beliau mendedahkan antara kegiatan yang bakal diketengahkan ialah menyemarakkan aktiviti Dekad Bahasa Kebangsaan dan menggalakkan budaya membaca melalui kempen membaca yang akan dilaksanakan bersama-sama pada masa akan datang.

“Sebagai media elektronik utama di Sarawak TVS bersedia untuk bekerjasama dengan pihak DBP dengan menawarkan slot khusus bagi menyemarakkan aktiviti Dekad Membaca Kebangsaan,” katanya lagi.

Kunjungan hormat itu kata Abang Haliman turut menyaksikan pihak DBP telah dibawa melawat ke studio dan unit pengoperasian TVS untuk melihat sendiri perjalanan dan cara kerja pihak TVS dalam melaksanakan siaran dalam televisyen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByFarah Diyana Samsuddin-