Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Kenny Yeap (kanan) bersama penjawat BMC dan Kanselor Kueh Chie Tiong (tengah) semasa merasmikan Hari Terbuka Sempena Ulang tahun Ketiga BMC hari ini. Foto: TVS

BMC rancang jadikan Miri sebagai hab pelancongan perubatan di Sarawak

MIRI, 3 Dis: Borneo Medical Centre (BMC) merancang untuk menjadikan Miri sebagai hab pelancongan perubatan di Sarawak melalui promosi dari segi aspek jarak perjalanan, perubatan yang efisien dan rawatan jangka masa yang pendek sebagai cara untuk menggalakkan industri kesihatan di bandaraya itu.

Pengarah Perubatan BMC, Dr. Kenny Yeap berkata, ketika ini mereka memberi perhatian kepada pasaran dari luar negara dalam usaha membentuk hab pelancongan perubatan yang kedua di Malaysia.

“Di Miri, kita fokus kepada Brunei dan pasaran Asia Timur seperti Korea, Jepun dan Hong Kong. Jadi kita berharap kita dapat menggunakan langkah ini untuk meningkatkan pasaran dan menjadi seperti Pulau Pinang yang merupakan hab pelancongan perubatan untuk Malaysia.

“Dengan cara ini juga kita dapat meningkatkan pendapatan dan destinasi pelancongan untuk Sarawak,” katanya ketika ditemui di BMC yang sedang meraikan Hari Terbuka Sempena  Ulang Tahun Ketiga BMC pada hari ini.

Selain daripada merancang untuk membina rumah penjagaan orang tua, BMC juga memberi servis perubatan yang tidak dapat diperoleh di kebanyakan fasiliti perubatan iaitu kardiologi, onkologi dan pembedahan saraf.

“Untuk tiga tahun pertama pada fasa pertama kami, kami sebenarnya sedang membangunkan perkhidmatan kecemasan kardio dan neuro. Tiga tahun akan datang dalam persediaan kami, kami akan menjadikan Miri bergabung bersama sektor swasta lain dengan Miri sebagai produk. Seterusnya, kami sedang bersiap-sedia untuk membina rumah jagaan, seperti yang diminta oleh Premier kita. Tiga tahun yang lalu juga kita membina perkhidmatan onkologi untuk bahagian utara Sarawak iaitu Miri, Bintulu, Limbang dan Lawas. Hal ini supaya mereka tidak perlu berjalan jauh untuk rawatan yang diperlukan,” katanya lagi.

Dengan kolaborasi antara sektor awam dan sektor swasta dalam bidang perubatan bersama pihak kerajaan, hal ini dapat memastikan setiap rakyat tanpa mengira tempatan mendapat rawatan yang sepatutnya dengan kos yang berpatutan.

Malahan, kolaborasi ini juga akan mempercepatkan pertumbuhan industri perubatan di bahagian utara Sarawak sementara menunggu pembangunan dalam jangka masa yang panjang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan