Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ringgit terus mencatatkan aliran meningkat dari Jumaat lepas untuk dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran dolar AS dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah. Foto hiasan Envato

Faktor luaran terus dorong ringgit lebih tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Faktor luaran terus mendorong ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama bagi Disember, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan terus mengukuh kepada 4.4030/4100 berbanding dolar AS 4.4420/4500 ketika ditutup semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi isyarat bahawa kenaikan kadar Fed boleh diperlahankan seawalnya bulan depan, serta jangkaan China akan membuka semula ekonominya tidak lama lagi menyokong momentum menaik ringgit.

“Pasaran mungkin berubah sedikit defensif menjelang data Gaji Bukan Ladang AS yang akan dikeluarkan esok, tetapi saya fikir ringgit akan terus berada dalam aliran yang positif selagi pembukaan semula China kekal di landasan yang betul,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding euro kepada 4.5976/6049 daripada 4.6010/6098 ketika ditutup pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2420/2474 daripada 3.2487/2551 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia turun berbanding pound Britain kepada 5.3501/3586 daripada 5.3366/3467 semalam dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2282/2336 daripada 3.2007/2067 sebelumnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan