Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganjur MCMF bergambar bersama penerima di SMK Long Lama. Foto: MCMF.

‘The Buku Project’ berjaya agih 1000 buku kepada sekolah di luar bandar

ByElani Rosllan

KUCHING, 1 Dis: ‘The Buku Project’ berjaya mengumpul lebih dari 1,000 buku terpakai, melebihi sasaran asal 500 buku.

Menurut kenyataan media, bertemakan ‘One Book for Life’, buku-buku ini merupakan hasil kutipan daripada pengunjung dan penghibur Miri Country Music Fest (MCMF) 2022.

Pendidikan merupakan unsur penting dalam sesebuah komuniti kerana ia merupakan pemacu pembangunan dan instrumen untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

Bagaimanapun, masyarakat luar bandar mempunyai akses terhad kepada kemudahan ini.

Foto: MCMF

The Buku Project merupakan sebuah warisan berterusan oleh MCMF untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan menyediakan bahan-bahan untuk pendidikan dan sokongan masyarakat kepada mereka yang berada di luar bandar.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Miri Country Music Fest (MCMF) kembali selepas pandemik
  2. 2. MCMF bantu pengusaha kraf tangan jana pendapatan

Buku-buku terpakai yang dikumpul ini telah diagihkan dan dihantar ke dua sekolah di luar bandar iaitu di Long Lama dan Long Latei pada 27 November lepas.

Kamal Bukhary ketika membuat persembahan bersama anak-anak di Long Latei. Foto: MCMF.

Kamal Bukhary, seorang penghibur MCMF, turut menghiburkan kanak-kanak di Long Latei yang menyanyi bersamanya dan gembira mendapat persembahan langsung daripada penyanyi KL itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan