Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (enam, kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar kenangan bersama 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia selepas Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan di Istana Negara hari ini. Foto Bernama.

Agong terima watikah 12 perwakilan asing ke Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Jose Luis Pardo Cuerdo dari Sepanyol, Betty Oyella Bigombe (Uganda), Jacques Louis Werner (Belanda), Valeria Csukasi (Uruguay), Peter Van Acker (Belgium), Dilli Raj Poudel (Nepal), Florence Buerki Akonor (Ghana), Ali Hussain Didi (Maldives) dan Yeo Seung-bae (Korea).

Selain itu, Fleming Raul Duarte Ramos dari Paraguay, Houssein Sidi Abdellah Deh (Mauritania) dan Tumur Amarsanaa (Mongolia).

Hadir sama pada istiadat itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan