Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh menunjukkan buku ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini.

DUN Sarawak: 252 kes kesalahan berkaitan TPA dikenakan tindakan

ByYusuf Shukri

KUCHING, 1 Dis: Sejumlah 252 kes berkaitan kesalahan Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) dan hidupan liar dicatatkan di Sarawak dalam tempoh 2020 sehingga September 2022.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata daripada jumlah itu, 27 kes telah dibawa ke mahkamah dan dikenakan denda RM82,175,750.

“Seramai 28 orang pesalah telah dijatuhkan hukuman penjara termasuk pesalah yang gagal menjelaskan denda yang telah diperintah oleh mahkamah,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Selain daripada itu, RM304,250 telah dikutip hasil daripada 110 kes yang telah dikompaun. 

Sejumlah 115 kes masih lagi dalam siasatan.

“Untuk memastikan hidupan liar dan Kawasan Terlindung Sepenuhnya terpelihara, Sarawak Forestry Corporation (SFC) giat melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Tengah juga berkata SFC turut melaksanakan beberapa projek naik taraf kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan TPA untuk menarik lebih ramai pelancong.

Antara projek-projek yang sedang dijalankan adalah Jambatan dan Jalan Bertingkat untuk Kereta Kecil Elektrik (EBS) di Taman Negara Niah, Pusat Penemuan Rizab Semula Jadi Piasau, Pusat Penemuan Hutan Hujan Semenggoh, Taman Keluarga Matang, Kuching dan Pusat Sehenti Rizab Semula Jadi Bukit Lima.

Taman Negara Niah telah dimasukkan dalam senarai tentatif sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Pada 27 September 2022, SFC telah menyerahkan dossier (dokumen) kepada Pusat Warisan Dunia UNESCO untuk penilaian awal mereka.

“Sehubungan dengan ini, SFC giat menjalankan pelbagai program termasuklah menganjurkan Persidangan Antarabangsa berkenaan Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bersama Jabatan Muzium Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan