Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekalan telur mencukupi bagi menampung permintaan pelanggan. Foto: TVS

KPDNHEP Cawangan Sandakan rekod 145 kes salah laku peniaga

SANDAKAN, 30 Nov: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan merekodkan 145 kes salah laku peniaga bagi tempoh 1 Januari hingga 30 November tahun ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, antara kes utama direkodkan adalah melibatkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu 81 kes, manakala Akta Kawalan Bekalan 1961 melibatkan 44 kes.

Katanya, beberapa kes lain termasuk Akta Timbang dan Sukat 1972 iaitu 16 kes, selain Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Cap Dagangan 2019 masing-masing dua kes.

Menurut beliau, pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan barangan perlu sentiasa mencukupi.

Dalam masa yang sama katanya, ia bagi mencegah kegiatan salah laku peniaga seperti menaikkan harga barangan dan menyorok bekalan barangan.

“Kita mengadakan pemantauan di premis sekitar Sandakan secara berkala untuk melihat bekalan barang perlu terutama gula, tepung, telur, minyak masak dan ayam.

“Bekalan barang perlu mencukupi cuma kita melihat terdapat pertambahan permintaan daripada pengguna buat masa ini,” katanya kepada media selepas melakukan pemantauan barangan perlu di Pasaraya Mydin di sini, hari ini.

Menurut beliau, setakat hari pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di 8,799 premis di kawasan bandar dan luar bandar.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan bermesyuarat dengan pembekal setempat agar bekalan barangan mencukupi bagi menampung permintaan semasa musim perayaan Hari Krismas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan