Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar. Foto: Bernama

Polis rampas 243 kg daun ketum di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

ByBernama

KUANTAN, 30 Nov: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas daun ketum dianggarkan seberat 243 kilogram (kg) menerusi serbuan ke atas sebuah kereta di Kilometer 63 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kereta dipandu suspek berumur 44 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong jam 3 pagi, semasa membuat rondaan di lebuh raya itu.

“Siasatan awal mendapati suspek membeli daun ketum itu di Pendang, Kedah pada harga RM10 sekilogram bagi setiap bungkusan sebelum dijual kepada pembeli di Temerloh dengan harga RM17 sebungkus,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Zaiham berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek juga pernah beberapa kali melakukan penghantaran daun ketum ke Pantai Timur sebelum dia ditangkap.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan