Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: Fiqri Razak.

DUN Sarawak: Kuching hab umrah menjelang tahun 2023

ByAkma Salleh

KUCHING, 30 Nov: Bandar raya Kuching bakal menjadi hab umrah sebaik sahaja penerbangan terus dari Kuching ke Jeddah dan Madinah bermula pada April tahun hadapan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, khabar baik tersebut merupakan inisiatif yang telah ditandatangani oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dengan ATS Global Travel and Charter Sdn Bhd dan Hainan Airlines Holdings Co Ltd baru-baru ini.

“STB telah menandatangani MOU ini pada 6 Oktober lepas. Inisiatif ini akan menyediakan penerbangan terus dari Kuching ke Jeddah dan Madinah di Arab Saudi bermula pada suku pertama 2023.

“Untuk itu kami menjangkakan lebih 200,000 pelancong akan datang menerusi inisiatif ini,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan hari Ke-7 Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini, hari ini.

Terdahulu Abdul Karim memberitahu, penerbangan ini bukan sahaja mengendalikan jemaah dari Sarawak tetapi juga mereka dari Kalimantan, Indonesia dan juga Brunei Darussalam.

“Untuk menyokong operasi syarikat penerbangan umrah ini ia juga akan melibatkan penerbangan perantara dari Pontianak, Balikpapan, Banjarmasin, Samarinda, Ujung Padang (Makassar), Jakarta, Indonesia dan Mindanao, Filipina.

“Melalui program ini, pengembara boleh terbang dari setiap lokasi masing-masing serta boleh singgah di Kuching untuk melawat sebentar,” jelasnya.

Untuk makluman, menerusi kerjasama dengan STB, ia akan menyediakan penerbangan umrah menggunakan Kuching sebagai pintu masuk alternatif umrah untuk ke Jeddah dan Madinah menerusi mana-mana penerbangan atau pengendali penerbangan yang dipilih.

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan