Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: Fiqri Razak.

DUN Sarawak: Pelan Induk Pelancongan Ketiga dirangka bagi pulihkan industri

ByAkma Salleh

KUCHING, 30 Nov: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan telah merangka Pelan Induk Pelancongan Ketiga bagi memulihkan industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pelan induk bagi tempoh 2021-2035 itu bertepatan dengan matlamat Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Sarawak.

“Ini adalah untuk membangunkan dan merancang langkah strategik serta membentuk pelan tindakan bagi sektor pelancongan seterusnya memacu pemulihan dan pertumbuhan jangka panjang.

“Selain itu pelan berkenaan juga bertujuan untuk meningkatkan jumlah pelancong ke Sarawak daripada 4.6 juta pelawat dengan RM11.6 bilion dalam resit pelancongan pada 2019 kepada 12.7 juta pelawat menyumbang pulangan ekonomi sebanyak RM50 bilion menjelang 2035. Ini selaras dengan aspirasi PCDS 2030,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan hari Ke-7 Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini, hari ini.

Katanya lagi, sektor pelancongan telah dikenal pasti sebagai salah satu ekonomi penting dibawah PCDS 2030.

“Sarawak berhasrat untuk menjadi destinasi utama dalam ekopelancongan menjelang 2030 khususnya menerusi acara perniagaan di Wilayah ASEAN yang didorong oleh komuniti untuk memulihara warisan, budaya dan biodiversiti serta menggalakkan pelaburan dan pembangunan,” katanya lagi.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan