Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan teks ucapan penggulungan kementeriannya di DUN Sarawak, Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

DUN Sarawak: Sarawak dijangka menerima kehadiran tiga juta pelancong pada 2023

KUCHING, 30 Nov: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan mensasarkan kehadiran pelancong tiga juta orang ke Sarawak dengan resit pelancongan RM7.25 bilion pada 2023.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sasaran itu adalah berdasarkan prestasi dan tren industri pelancongan beberapa bulan kebelakangan ini pada 2022.

“Ketika sektor pelancongan antarabangsa pulih perlahan-lahan, pelancongan domestik akan terus memacu pemulihan industri pelancongan negeri,” katanya ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Sarawak dianggar akan menerima kehadiran pelawat 1.8 juta orang menjelang hujung 2023. Angka ini melepasi sasaran awal 1.2 juta.

Dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah pelawat ke Sarawak bertambah 1118.41 peratus kepada 1.37 juta orang berbanding tempoh sama pada 2021.

Mengenai sektor pelancongan di Malaysia, beliau berkata kehadiran pelancong meningkat kepada 3.21 juta bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini berbanding tempoh sama pada 2021.

Peningkatan jumlah pelancong itu telah menjana RM9.35 bilion.

“Selepas mengalami penurunan pada 2020 dan 2021, industri pelancongan antarabangsa dijangka terus pulih pada 2022 susulan destinasi-destinasi pelancongan menarik balik atau melonggarkan sekatan perjalanan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan