Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin bersama timbalannya, Datuk Dr Jerip Susil dan Dato Henry Harry Jinep bersama para pegawai kanan kementeriannya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini.

DUN Sarawak: ART dijangka mula beroperasi suku keempat 2025

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 29 Nov: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) yang kini masih dalam pembinaan dijangka mula beroperasi pada suku keempat 2025 bagi Laluan Biru, Rembus ke Riveria.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata projek ART yang dilaksanakan Sarawak Metro, anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomo Sarawak (SEDC) itu dijangka dilanjutkan ke Hikmah Exchange pada suku keempat 2026.

Menurutnya lagi, Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending dijangka bermula pada suku keempat 2026 manakala Laluan Hijau meliputi Pending ke Damai Central dijangka bermula pada suku keempat 2027.

“Proof-of-Concept (POC) kenderaan ART juga dijadualkan pada suku pertama tahun depan,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Menjelaskan lanjut, Lee berkata projek ini merupakan tulang belakang Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), yang dilaksanakan melalui tender terbuka yang mencerminkan ketelusan dan amalan tadbir urus yang baik.

Sehingga suku kedua 2022, empat tender telah dianugerah.

Ia merangkumi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) oleh EMS Progress Sdn Bhd bernilai RM3,088,332.00.

Beliau berkata Pakej Sistem 1 bernilai RM1,425,000,000 dianugerahkan kepada syarikat usaha sama, EPR Mobilus GR JV Sdn Bhd, yang terdiri daripada EPR (Kuching) Sdn Bhd, Mobilus Sdn Bhd dan Global Rail Sdn Bhd.

Turut dianugerah ialah pembekalan kenderaan ART berkuasa hidrogen oleh CRRC Zhuzhou Institute Company Limited dan CIMC-Hexagon Hydrogen Energy Systems Limited.

Fasa 1 meliputi reka bentuk, kejuruteraan, perolehan, pembuatan, pemasangan, ujian dan pentauliahan serta penyerahan Kenderaan Hidrogen (H2V), Peralatan Depoh dan Kenderaan Penyelenggaraan (DEMV), Pintu Platform Automatik (APG) dan Sistem Isyarat dan Kawalan (S&CS).

Sementara itu, Pakej Sistem 2 bernilai RM448,000,000.00 dianugerahkan kepada DOM Industries (M) Sdn Bhd dan China Railway Electric Engineering Group Malaysia Sdn Bhd.

Sistem ini termasuk Telekomunikasi (Comms); Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data (SCADA); Kutipan Tambang Automatik (AFC); Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Berkomputer (CMMS); Pusat Kawalan Operasi (OCC); dan Sistem Teknologi Maklumat (ITS).

Lee juga berkata tender Pembinaan Depoh Rembus di bawah Peringkat 1 baru sahaja diberikan kepada Hock Seng Lee Berhad. Projek itu akan dilancarkan tidak lama lagi bagi menandakan permulaan kerja-kerja pembinaan fizikal projek ART. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan