Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin bergambar bersama ahli Kelab Badminton Lopeng. Foto: TVS

Kelab Badminton Lopeng hantar lapan wakil ke Piala Badminton Junior Premier Abang Jo

MIRI, 28 Nov: Kelab Badminton Lopeng akan menghantar lapan pemainnya ke pertandingan Piala Badminton Junior Premier Abang Jo 2022 di Dewan Persatuan Badminton Sarawak (SBA), Kuching pada 2 hingga 4 Disember.

Pertandingan anjuran SBA ini diadakan julung kali di Sarawak dan pasukan ini mewakili Miri untuk Kategori Junior Terbuka.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin pada Isnin meluangkan masa berjumpa dengan para pemain berkenaan untuk memberi kata-kata semangat.

Menurutnya, beliau melihat ramai pemain di dalam Kelab Badminton Lopeng yang dilatih pada usia muda, sekali gus berpotensi menjadi pemain badminton bagi mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan.

“Kelab Badminton Lopeng melatih ramai pemain yang mulai daripada kanak-kanak. Kanak-kanak ini mendapat latihan yang baik dan mereka boleh jadi pemain badminton yang terbaik pada masa akan datang yang boleh mewakili bukan sahaja Miri, tetapi juga Sarawak,” katanya semasa penyerahan baju kepada para pemain ke pertandingan berkenaan di sini.

Lee juga berharap agar ahli Kelab Badminton Lopeng menyertai lebih banyak pertandingan pada masa akan datang.

Beliau turut menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada Kelab Badminton Lopeng untuk tabung aktiviti tahunan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan