Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaran Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching membuka peluang kepada pelajar universiti menyertai mereka dalam latihan industri. Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

DUBS disaran buka peluang kepada pelajar sertai latihan industri

ByAkma Salleh

KUCHING, 28 Nov: Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching disaran membuka peluang kepada pelajar universiti menyertai mereka dalam latihan industri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelajar berkenaan boleh dilatih dalam tenaga kerja yang mana akan memberi pulangan kepada syarikat-syarikat di bawah seliaan DUBS.

“Saya cadangkan supaya DUBS membuka peluang kepada pelajar-pelajar ini menyertai mereka khususnya dalam latihan industri.

“Dalam sesebuah syarikat, kita mesti ada ciri-ciri profesionalisme, selepas itu kita latih tenaga kerja kita, contohnya, ambillah pelajar kita yang belajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Swinburne, I-Cats kerana mereka ini terpelajar. Kalau mahu dari bidang teknologi Swinburne adalah yang terbaik dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching di sini, malam tadi.

Jelas Abang Johari lagi, tumpuan tidak hanya diberi kepada tenaga kerja, tetapi DUBS juga perlu memberi tumpuan serta menambah baik  tiga sektor penting iaitu keselamatan makanan dan transformasi pengeluaran pertanian, perkhidmatan khususnya dalam bidang pelancongan kesihatan, dan sektor pembinaan.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan