Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sherry Bulin dari Niah muncul sebagai Kumang Raban Ngepan Iban (RNI) peringkat negeri Sarawak 2022. Foto: TVS

Sherry Bulin rampas gelaran Kumang Raban Ngepan Iban 2022

BINTULU, 27 Nov: Sherry Bulin berasal dari Niah dinobatkan sebagai Kumang Raban Ngepan Iban (RNI) peringkat negeri Sarawak 2022, menundukkan lapan finalis lain pada peringkat akhir di sini.

Gadis Iban berusia 29 tahun itu membawa pulang tajaan pendidikan bernilai RM15,000, wang tunai RM5,000, mahkota, selempang dan hadiah tajaan lain serta menjadi Duta RNI 2022 selama setahun.

Bukan itu sahaja, Sherry juga memenangi gelaran Kumang Pengelandik Main Asal Iban dan Kumang Pemadu Mentas, sekali gus membawa pulang wang tunai RM500 dan RM100 bagi kedua-dua kategori tersebut.

Tempat kedua pula milik, Diyamirza Nantai David dari Limbang dan membawa pulang tajaan pendidikan bernilai RM10,000, wang tunai RM3,000 serta hadiah tajaan yang lain.

Manakala tempat ketiga dimenangi Stephy Sharon Saging, dari Tatau yang membawa pulang tajaan pendidikan RM7,000 serta wang tunai RM2,000.

Bagi kategori Keling RNI 2022, tempat pertama dimenangi Rochester Lennox Ganti, 22 tahun yang mewakili Kapit.

Sementara itu, Joshua Amir Sibat, 27 tahun dari Limbang dan Timothy Nang, 28 tahun dari Julau, masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Dalam pada itu, Joshua turut memenangi kategori Keling Pengelandik Main Asal Iban dan Keling Pemadu Mentas.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found