Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengadakan pertemuan selama kira-kira sejam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini. Foto: Bernama

Pertemuan GRS dengan PM untuk zahirkan sokongan – Hajiji

ByBernama

PUTRAJAYA, 27 Nov: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengadakan pertemuan selama kira-kira satu jam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Pengerusnya, Datuk Seri Hajiji Noor, ketika ditemui media, berkata pertemuan berkenaan bertujuan untuk menyatakan sokongan padu oleh gabungan itu dan kerajaan Sabah  kepada kepimpinan Anwar dan juga kerajaan baharu.

Katanya, Anwar amat menghargai sokongan tersebut.

Ketua Menteri Sabah itu yang turut ditanya sama ada beliau ada mengemukakan senarai nama Ahli Parlimen GRS untuk menyertai barisan Kabinet pada pertemuan itu, berkata perkara itu tidak dibincangkan.

Anwar pada Jumaat lepas berkata kerajaan perpaduan pimpinannya telah mencapai majoriti dua pertiga melalui penyertaan terkini oleh GRS.

Hajiji pada hari sama turut dilapor berkata sokongan dan penyertaan parti-parti politik di Sabah dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar diyakini dapat memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat negeri.

GRS terdiri daripada Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan