Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee bergambar bersama pelajar aliran sains tulen di Majlis Pelancaran Program STEM 50 di Universiti Teknologi Sarawak (UTS). Foto: TVS

MEITD teliti tingkat kelas tuisyen percuma

SIBU, 27 Nov: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) sedang mengkaji mewujudkan kelas tuisyen percuma inisiatif kerajaan Sarawak di bawah pengelolaan Yayasan Sarawak.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM10 juta bagi tujuan program berkenaan dalam pembentangan Bajet Negeri 2023.

“Ia bukan di bawah kementerian kami tetapi kami cuba melihat bagaimana untuk mempertingkatkan program tuisyen percuma oleh Kerajaan Sarawak yang telah diperuntukkan dana sebanyak RM10 juta.

“Saya diberitahu ia hanya untuk tuisyen pelajar tingkatan lima, sebab itu saya ingin menelitinya. Kita akan bekerjasama dengan Yayasan Sarawak untuk menambah baik menggunakan peruntukan itu,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program STEM 50 di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau tidak setuju dengan tuisyen yang diberikan melalui baucer kerana tiada pemantauan dan maklum balas daripada pihak lain mengenai keberkesanan program tersebut.

“Kami akan meneliti program tuisyen oleh Yayasan Sarawak untuk memastikan ia lebih berkesan. Saya agak tidak bersetuju dengan tuisyen hanya dengan memberikan baucer kerana tiada pemantauan dan maklum balas daripada pihak lain,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan