Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Facebook Anwar Ibrahim

PM Anwar terima kunjungan Premier Abang Jo

BySalasiah Safian

KAJANG, 26 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis hubungan kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan akrab di bawah kerajaan perpaduan.

Keyakinan sedemikian dizahirkan pada satu hantaran di akaun Instagram rasmi beliau hari ini dengan paparan gambar bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Gabungan Sarawak (GPS) itu berserta rombongan di kediamannya, di sini, pagi tadi.

“GPS menjadi antara tonggak selain Barisan Nasional, Parti Warisan dan juga GRS (Gabungan Rakyat Sabah) yang membentuk kerajaan perpaduan yang dikemudi saya.

“Insya-Allah, hubungan antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan,” katanya menerusi kapsyen hantaran foto berkenaan.

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan daripada Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Hantaran yang turut disiarkan di beberapa akaun media sosial beliau turut menyaksikan pertemuan Abang Johari dan Anwar juga disertai Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan