Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kira-kira 100 bas yang dianggarkan membawa 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dari seluruh daerah berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi tadi untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Selangor, malam ini. Foto: Bernama

Piala Malaysia: 4,000 penyokong JDT bakal gamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini

JOHOR BAHRU, 26 Nov: Kira-kira 100 bas yang dianggarkan membawa 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dari seluruh daerah berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi tadi untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Selangor, malam ini.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT, Mohd Fadzli Sapie berkata, kelab penyokong itu menyediakan 15 bas untuk membawa penyokong dari Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin, di sini yang berlepas, 8 pagi tadi.

“Selain di Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos) terdapat banyak lagi bas dari  gabungan kelab lain dan juga Boys of Straits yang akan sama-sama ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kami telah sampaikan taklimat kepada penyokong terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah di sana nanti,” katanya kepada pemberita di pekarangan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di sini, hari ini.

Sementara itu, rata-rata penyokong tegar JDT yang ditemui yakin pasukan kesayangan mereka akan membawa pulang Piala Malaysia ke selatan tanah air tahun ini.

Kamariah A. Kadir, 47, yang tiba seawal pukul 6.30 pagi berkata, beliau menjangkakan skuad bimbingan Hector Bidoglio mampu menang sekurang-kurangnya 2-1 serta berharap tiada provokasi akan dicetuskan oleh mana-mana pihak malam ini.

Senada dengan itu, Awang Lazaman, 69, berharap kemenangan akan berpihak kepada JDT memandangkan rekod baik pasukan itu ke atas The Red Giants.

“Saya yakin kita tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana rekod JDT lawan Selangor pun baik jadi peluang tu ada,” katanya.

JDT juara Piala Malaysia 2017 dan 2019, kecewa pada saingan akhir 2021 apabila tewas 2-0 kepada Kuala Lumpur City FC manakala Selangor, pemegang rekod kejuaraan sebanyak 33 kali, terakhir mara ke final pada Piala Malaysia 2016 apabila tewas kepada Kedah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan