Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil rantau Asia dari Thailand, Marima Suphatra Kliangprom dimahkota Miss Tourism International 2022. Foto: TVS

Marima Suphatra dimahkota Miss Tourism International 2022

KUCHING, 26 Nov: Wakil rantau Asia dari Thailand, Marima Suphatra Kliangprom dinobatkan Miss Tourism International 2022 edisi ke-25 selepas berjaya menewaskan cabaran peserta lain dalam acara final yang diadakan di Raia Hotel Convention Centre di sini, malam tadi.

Selepas 16 hari temasya itu diadakan di Sarawak, Marima  yang  mengenakan gaun berwarna merah tampil anggun, berjaya menambat hati juri, sekali gus mengenepikan cabaran 39 jelitawan lain dari pelbagai negara.

Marima berterima kasih kepada semua penyokongnya dan menyifatkan kemenangan yang diperolehi adalah untuk negaranya Thailand.

“Terima kasih kepada semua penyokong termasuklah peminat dari Thailand iaitu kawan dan keluarga saya. Terima kasih banyak atas sokongan kerana mahkota ini adalah untuk Thailand,” katanya.

Bertemakan ‘Promoting Tourism, Culture and Friendship’, sebanyak tujuh kategori utama dipertandingkan iaitu Miss Tourism International, Miss Tourism Queen Of The Year International, Miss Tourism Metropolitan, Miss Tourism Global, Miss Tourism Cosmopolitan International, Dreamgirl Of The Year International dan Miss South East Asia Tourism Ambassador.

Sembilan kategori tambahan turut menyerikan lagi acara itu seperti Best in National Costume, Best in Talent, Miss Photogenic, Miss Charm, Best in Cat’s Potrait, Best in Social Media, Mizz Nuzezo Glamour, Miss Friendship dan Miss Popularity.

Pemenang  setiap kategori masing-masing membawa hadiah berupa wang tunai, tiara dan juga trofi yang bernilai RM36,000.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Dato Sri  Karim Hamzah berkata, beliau berpuas hati dengan penganjuran julung kali itu yang diadakan di bandaraya Kuching.

“Tahniah kepada tujuh pemenang, tujuh wanita cantik bagi setiap kategori yang telah dinobatkan sebagai pemenang. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penganjur iaitu YAST Group serta D’ Touch International yang telah menganjurkan acara ini dengan jayanya. Saya sangat gembira melihat semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan pemberian cenderahati oleh Pengerusi YAST Group kepada penaja-penaja yang terlibat sepanjang penganjuran Program Miss Tourism International 2022.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datu Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Centex, Syeed Mohd Hussien, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Sebastian Ting dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang serta beberapa dif kenamaan yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan