Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tebedu, Simon Sinang Bada berharap elaun Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Ahli Majlis di kaji semula. Foto: Facebook TVS TV.

DUN Sarawak: Tebedu berpotensi sebagai pengeluar makanan agrikultur

BySuara Sarawak

KUCHING, 26 Nov: Tebedu berpotensi menjadi salah sebuah kawasan penting dalam pengeluaran sumber makanan di Sarawak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada.

Susulan itu, beliau menyeru agar Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) mengenal pasti lokasi Tebedu yang sesuai untuk terlibat dalam pengeluaran daging lembu dan kambing.

“Kita teruja untuk memaklumkan bahawa M-FICORD telah mengambil beberapa langkah konkrit dan inisiatif ke arah sara diri pengeluaran daging dan kambing.

“Adalah menjadi kebanggaan bahawa kita berjaya berdikari dalam pengeluaran ayam, telur dan daging khinzir.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan bagi bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Jumaat.

Tegas Simon, isu bekalan dan keselamatan makanan serta ciptaan pendapatan terhadap komuniti asas para petani perlu diberi perhatian sewajarnya.

Dalam perkembangan lain, Simon sekali lagi membangkitkan mengenai klinik dan fasiliti kesihatan di Tebedu yang perlu dinaik taraf.

Beliau menggesa Kerajaan Persekutuan untuk melihat secara serius keadaan tersebut bagi memastikan kesihatan berkualiti khususnya penduduk luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan