Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Santiana (kanan) dan Ameem mara ke final Getaran Jiwa. Foto: TVS

Getaran Jiwa: Santiana Ramli dan Ameem mara ke final

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 25 Nov: Dua peserta, Santiana Ramli, 29, dan Ameem, 34, berjaya mara ke pusingan akhir pada Konsert Separuh Akhir 1 Getaran Jiwa yang bersiaran secara langsung di Stadium MBKS, Bintawa malam ini.

“Santiana Ramli meraih kutipan 62.5 markah manakala Ameem pula mendapat 62.3 markah,” ujar Aizal Ibrahim, Pengurus Saluran TVS di program tersebut.

Sementara itu, lima peserta yang tidak berjaya ialah Izwan Dahlan (49.2 markah), Nadhar Idruze (48.4 markah), Hasty (50.1 markah), Mady Spuan (50.6 markah) dan Faris Malek (44.0 markah).

Konsert minggu ini dimulakan dengan kejutan di mana dua peserta, Ameem dan Faris Malek diserap masuk melalui ‘GJ Kembali’, hasil undian online peminat mereka.

Persembahan setiap peserta dinilai melalui sistem pemarkahan yang terbahagi kepada 70 peratus oleh barisan juri profesional dan 30 peratus oleh juri awam yang mengundi di atas talian menggunakan ‘Meter Jiwa’. Persembahan peserta minggu ini dinilai oleh Dato Nash selaku Ketua Juri serta Norafizah Busman sebagai Juri Tetap dan Fauzi Marzuki selaku juri jemputan.

Turut merancakkan konsert minggu ini adalah penampilan Mas Idayu selaku Mami Panas yang turut memberikan komen mengenai persembahan para peserta. Nyanyian lagu ‘Akai-Akai’ oleh Melissa Francis menutup tirai konsert Getaran Jiwa minggu ini.

Dihoskan oleh Sissy Imann dan Jiggy, program terbitan TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak ini bersiaran langsung selama 1 jam 45 minit bermula 8.45 malam untuk pusingan separuh akhir. Sebelum itu, pada jam 7.30 malam, kapsul Debaran Jiwa turut disiarkan menampilkan barisan personaliti TVS, Fattahbolh dan Siti Zawawi. Getaran Jiwa menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM60,000.

Siapakah dua lagi peserta yang akan kembali ke pentas Getaran Jiwa minggu hadapan? Undi peserta kegemaran anda di https://getaranjiwakembali.online untuk beri mereka peluang kedua. Undian ‘GJ Kembali’ untuk Konsert Separuh Akhir 2 dibuka bermula 11 malam, 25 November 2022 (Jumaat) sehinggalah 12.00 tengah malam, 30 November 2022 (Rabu).

Selain ditayangkan langsung di saluran 122 Astro dan MYTV, orang awam turut berpeluang menonton konsert mingguan Getaran Jiwa di Stadium MBKS. Ikuti laman media sosial Getaran Jiwa  (https://linktr.ee/getaranjiwa) untuk maklumat lanjut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan