Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Telang Usan, Dennis Ngau pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

Dennis syor tambah peruntukan RTP untuk kawasan pedalaman

KUCHING, 25 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau mencadangkan agar peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan di pedalaman ditambah.

Menurutnya, nilai RM5 juta setahun pada masa kini bagi sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di pedalaman adalah tidak memadai susulan kenaikan kos yang menghadkan bilangan pelaksanaan projek.

“Saya percaya cadangan untuk mengkaji semula jumlah peruntukan RTP akan diberi perhatian sewajarnya oleh YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan kerajaan Sarawak dalam usaha membangunkan negeri cepat dan menyeluruh.

“Saya percaya Kementerian atau agensi kerajaan mempunyai formula tertentu dalam mengenal pasti kawasan mengikut tiga kategori,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Sambil menyatakan penghargaan atas inisiatif kerajaan ini di bawah pimpinan Abang Johari, beliau mengkategorikan kawasan DUN berpandukan kedudukan iaitu bandar, separa bandar dan pedalaman. Contoh kawasan pedalaman ialah DUN Telang Usan dan DUN Mulu.

“RTP terbukti sebagai satu kaedah efektif dalam menyediakan kemudahan asas penduduk terutama di kawasan pedalaman,” katanya.

Menerusi Belanjawan Sarawak 2023, RM420 juta akan diperuntukkan bagi pelaksanaan RTP.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan