MIRI, 25 Nov: Berminat mengembara dan meraih pengalaman bekerja 34,000 kaki di atas paras laut? AirAsia menjemput semua warga Malaysia yang berhasrat untuk berkecimpung dalam bidang penerbangan, terutamanya yang berada di sekitar Bandaraya Miri, Sarawak untuk menyertai temuduga terbuka Kru Kabin AirAsia di Miri, Sarawak pada Khamis, 1 Disember 2022 ini.
Jika anda seorang yang cergas dan bertenaga, meminati bidang penerbangan serta mempunyai personaliti menarik, sila datang awal untuk pendaftaran yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi di Bullion Function Room, Hotel Jinhold Miri.
Kru kabin AirAsia yang terkenal di seluruh dunia dengan pakaian seragam merah ikonik mereka, serta layanan terbaik dan mesra adalah kunci di sebalik pengiktirafan antarabangsa yang diraih AirAsia, termasuklah sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai kru kabin penerbangan tambang rendah terkemuka Asia selama bertahun-tahun.
Semua kru kabin AirAsia haruslah mematuhi dan melaksanakan piawaian keselamatan yang tinggi pada setiap masa dan memastikan tetamu menikmati pengalaman penerbangan yang selesa setiap kali mereka terbang dengan AirAsia.
Klik di sini untuk butiran lanjut mengenai temuduga terbuka kru kabin AirAsia di Miri: http://bit.ly/3i8Y0qP
Ikuti @AirAsiaCabinCrew di Instagram dan TikTok untuk maklumat lanjut. – TVS