KUCHING, 25 Nov: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Sarawak berharap akan menerima peruntukan yang lebih besar daripada pimpinan kerajaan perpaduan nanti.
Menterinya, Datuk Sri Stephen Rundi Utom berkata, hasrat berkenaan akan mengangkat sektor pertanian di Sarawak ke paras yang lebih baik.
âSaya harap akan ada peruntukan besar daripada tiga kementerian seperti sebelum ini iatu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
âMemandangkan selalunya kita akan menerima peruntukan dan program daripada mereka,â katanya kepada media selepas menghadiri Ekspo Ternakan, Akuakultur & Pertanian (LAA) KE-8, di Dewan Masyarakat MBKS, hari ini.
Terdahulu, Rundi berkata Sarawak menyasarkan untuk menjadi pengeksport makanan menjelang tahun 2030.
âSasaran kita adalah untuk menjadi pengeksport makanan dalam tempoh tujuh tahun lagi.
âSemestinya apabila kita menjadi sebahagian daripada kerajaan baharu ini, kita berharap dapat mentransformasikan sektor pertanian pada masa akan datang,â katanya lagi.
Oleh itu, Rundi berharap kerajaan perpaduan yang dibentuk ini akan stabil supaya kementerian-kementerian dapat melaksanakan segala perancangan.
âSeperti yang kita sedia maklum, tahun-tahun mendatang akan menjadi satu cabaran untuk kita dari segi berdepan dengan inflasi ekonomi, justeru menurut saya, rakyat dan Malaysia tidak mampu mengalami perbalahan politik terlalu lama,” tegasnya sambil menginginkan kerajaan baharu akan menjaga kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,â- TVS