Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Sunbear Festival bakal tarik lebih 8,000 pengunjung

BySalasiah Safian

KUCHING, 25 Nov: Festival Muzik dan Kesenian Sunbear yang akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak pada Disember depan dijangka menarik lebih 8,000 pengunjung.

Optmis sasaran itu mampu dicapai, menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dengan melihat kepada jumlah tiket yang dijual setakat ini iaitu sebanyak 5,000 tiket.

Tambahnya lagi, 10 hingga 15 peratus daripada jumlah tersebut merupakan pengunjung dari luar Sarawak.

“Setakat ini, semua festival muzik yang kami sokong diterima dengan sangat baik, seperti yang diadakan di Sibu. Saya sangat percaya Festival Sunbear ini juga akan dianjurkan buat pertama kali akan berjaya dan mendapat sambutan daripada orang ramai khususnya peminat muzik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Festival Sunbear 2022 di sini, semalam.

Festival yang julung kali diadakan di Asia Tenggara ini akan berlangsung pada 9 dan 10 Disember dengan menampilakn 44 orang artis tempatan dan antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan