Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Semuja, John Illus. Foto TVS.

DUN Sarawak: Mohon kadar Skim Bantuan Rumah Panjang dinaikkan

ByNazirah Adlina

KUCHING, 24 Nov: Permohonan untuk penyediaan lampu jalan serta tangki air amat didambakan oleh warga Bukit Semuja.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Semuja, John Illus berkata, permohonan tersebut mampu mengurangkan kekerapan masalah seperti bekalan elektrik terputus apabila hujan lebat atau angin kuat.

“Selain itu, bekalan air juga terputus atau tekanan air juga rendah tanpa notis berlaku di beberapa kawasan di Bukit Semuja,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Persidangan Hari Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ketiga Sarawak ke-19, di sini, hari ini.

Sementara itu beliau turut mengharapkan agar peruntukan bagi bantuan perumahan Skim Pinjaman Rumah Panjang dinaikkan.

“Melihat kepada kenaikkan harga bahan binaan dan keadaan semasa, maka adalah dipohon agar kerajaan menaikkan kadar peruntukan tahunan dari RM30,000 ke RM50,000 sepintu ditambah,” katanya.

Untuk rekod kerajaan memperuntukan sebanyak RM50 juta di bawahskim ini pada 2030, dengan kadar pinjaman hanya RM30,000 sepintu.

Beliau menambah permohonan serupa bantuan Spektra Permata juga perlu disediakan agar demi membantu golongan yang menduduki tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang tidak mempunyai geran serta menyelesaikan masalah perumahan terutama sekali golongan muda yang baharu mendirikan keluarga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan