Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman. Foto: TVS

Jangan beri reaksi kepada sentimen negatif di media sosial – Fazzrudin

ByNazirah Adlina

KUCHING, 24 Nov: Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman menyeru orang ramai untuk tidak menyumbang kepada sentimen negatif yang boleh mengancam keharmonian dan perpaduan , khususnya di Sarawak.

Katanya, negara kini menghadapi isu perbalahan akibat sentimen melibatkan perkauman dan agama yang dijadikan sebagai modal politik.

“Apa yang kita saksikan di media sosial dan di lapangan dan kita melihat ada beberapa pihak yang cuba hendak menyemarakkan sentimen perkaumandan menggunakannya sebagai modal politik. Jadi saya merasakan ini amat merbahaya sekali,” kata Fazzrudin pada satu sidang media di DUN Sarawak di sini, hari ini.

Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong turut mengingatkan orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing dengan tidak memberi reaksi atau sebarang komen yang boleh merancakkan lagi isu terbabit.

“Saya tidak akan menamakan mana-mana pihak kerana sudah jelas di media sosial dan kalau saya mendedahkan siapa pihak itu, ia akan mencetuskan reaksi lain yang boleh menyumbang kepada hal ini,” kata Fazzruddin lagi apabila ditanya mengenai pihak yang telah dikenal pasti bertanggungjawab dalam menyebarkan sentimen tersebut.

Pada Persidangan DUN Sarawak hari ini juga, Fazzrudin turut menyatakan antara faktor yang menyumbang kepada perpaduan Sarawak adalah kepimpinan terdahulu kerana menyediakan landasan perpaduan yang kukuh dan sudah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk meneruskan perpaduan yang diwarisi tersebut demi masa depan generasi akan datang.

Beliau menambah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terbukti dalam mempertahankan hak dan mempertahankan kepelbagaian agama dan budaya dan kebebasan beragama.

“Pada tahun 2018, apabila PH ketika itu, PKR, DAP, Bersatu dan Amanah menjadi kerajaan persekutuan dan selepas itu Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, PAS, BN dan GPS menjadi kerajaan persekutuan dan seterusnya UMNO menjadi Perdana Menteri negara ketika itu, perjuangan kita (GPS) tetap sama tanpa berganjak sedikitpun demi menjaga keharmonian Sarawak.

“Kami tidak akan bertolak ansur pun jika ia melibatkan perkara yang penting bagi orang Sarawak, terutama sekali dalam kebebasan beragama,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan