Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan membawa Pemangku Sultan Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat tiba di Istana Negara hari ini. Foto Febright James (TVS)

Raja – raja Melayu mula tiba di Istana Negara

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Raja-Raja Melayu mula berangkat tiba di Istana Negara, berkenan menghadiri sesi Perbincangan Khas bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, hari ini.

Kenderaan membawa kerabat Johor dilihat terawal memasuki pintu utama Istana Negara kira – kira pukul 9.43 pagi tadi.

Turut berangkat tiba kenderaan yang membawa Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan disusuli kenderaan membawa Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba Raja – raja Melayu serta wakil ialah untuk menghadiri Perbincangan Khas bersama Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan kemelut pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan