Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Surat yang tular hari ini didakwa daripada Ahmad Zahid kepada Istana Negara.

Tular surat didakwa dari Zahid kepada Agong

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Surat didakwa daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tular.

Kandungan surat bertarikh 22 November itu antara lain menyembah maklum sokongan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sehingga kini kesahihan surat berkenaan belum dapat dipastikan namun beberapa pemimpin UMNO termasuk bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan Ahmad Zahid.

“Agong cuba ditipu sekali lagi? Sekarang tersebar surat ini di media sosial.

“Lihat Perkara 4, Pengerusi BN menyembah maklum kepada Seri Paduka bahawa beliau telah mempengerusikan mesyuarat BN pada 22 November dan mesyuarat memutuskan kesemua 30 ahli parlimen bersetuju menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” tulis Annuar menerusi Facebooknya.

Annuar Musa berkata, sepanjang pengetahuannya, BN memutuskan tidak menyokong mana – mana calon.

“Siapakah yang berbohong di sini? Rakyat menuntut penjelasan pemimpin – pemimpin BN yang terlibat khasnya ahli mesyuarat Dewan Tertinggi BN,”katanya.

Beliau berkata, sekiranya surat kepada Seri Paduka itu merupakan satu percubaan menipu baginda, ia merupakan satu kesalahan yang amat berat.

“Ia dibuat oleh orang yang sama seperti dilakukan pada Oktober 2020 kononnya kesemua Ahli Parlimen BN ketika itu menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan