Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

DUN Sarawak: CSA benarkan Sarawak kawal aktiviti perlombongan minyak

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 23 Nov: Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) akan membenarkan kerajaan Sarawak mengawal semua aktiviti perlombongan minyak di kawasan pesisir Sarawak dan mengeluarkan pajakan perlombongan serta lesen penerokaan minyak kepada Petroleum Sarawak (PETROS).

Tindakan sedemikian kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak  (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berhubung CSA mengandungi klausa kerahsiaan yang mengikat dan menegah kerajaan Sarawak mendedahkan syarat-syarat yang termaktub.

“Objektif ini akan direalisasikan melalui Rangka Kerja Perundingan yang terdiri daripada wakil peringkat tertinggi daripada kerajaan Sarawak, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan PETROS.

“Selepas CSA ditandatangani, Kerajaan Sarawak akan mengawal semua (aktiviti perlombongan minyak di kawasan pesisir Sarawak dan mengeluarkan pajakan perlombongan serta lesen penerokaan minyak) kepada PETROS,” katanya.

Sharifah Hasidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang berkata demikian ketika menjawab persoalanyang dikemukakan Ahli ADUN Batu Lintang See Chee How pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu CSA juga akan menjadi panduan kepada Sarawak untuk menjana hasil daripada minyak dan gas yang ditemui serta dihasilkan di dalam negeri ini.

Sharifah Hasidah menambah CSA turut merangkumi penyertaan yang lebih besar daripada syarikat milik anak tempatan dalam industri minyak dan gas meliputi di huluan dan hiliran untuk mendapatkan bekalan gas yang mencukupi bagi menyokong Pelan Induk Gas Negara.

“Peluang ini tidak tersedia kepada Sarawak dan PETROS sebelum CSA ditandatangani,” jelasnya terdahulu PETROS dan PETRONAS telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU).

Menurut beliau MoU tersebut akan menyediakan 1,200 kaki padu standard gas sehari (MMscfd)  gas asli menjelang tahun 2030 untuk menyokong industri domestik, baik dalam sektor tenaga dan bukan kuasa kepada Sarawak.

Tambahnya lagi, PETROS telah dibenarkan untuk memperoleh kepentingan ekuiti di beberapa kawasan luar pesisir di bawah Kontrak Perkongsian Petroleum bagi kawasan penerokaan baharu ‘kepentingan yang dibawa’ terbuka kepada PETROS.

Pada masa sama, Sharifah Hasidah mendedahkan PETROS menjadi agregator gas yang membekalkan kepada industri di Miri dan Bintulu.

“Selain itu, PETROS juga berusaha ke arah menjadi pengedar tunggal Gas Petroleum Cecair di seluruh negeri ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan