Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pergerakan Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah.

DUN Sarawak: PPK ditubuhkan tangani isu taraf kewarganegaraan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 22 Nov: Kerajaan Sarawak telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas (PPK) setelah diluluskan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Sabah Sarawak bagi menangani isu penduduk yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, melalui semua Pejabat Daerah di Sarawak, PPK sedang mengumpul data dan maklumat terperinci untuk mengenal pasti penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Pelbagai program kesedaran dan advokasi tentang isu dokumen pengenalan diri di Sarawak turut dianjurkan pihaknya.

“Sejak 2017 sebanyak 71 siri program telah dilaksanakan dalam kalangan komuniti rentan, khususnya di kawasan yang bersempadanan dengan negara jiran, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan mengenai tindakan PPK selanjutnya, Fatimah berkata, PPK akan membuat dokumentasi, penilaian dan tapisan terhadap komuniti yang berkaitan untuk diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Mengenai jaminan status kewarganegaraan anak pasangan yang berkahwin dengan warga asing, ibu bapa perlu memohon kewarganegaraan anak mereka di bawah Perkara 15A.

“Tiga siri program dialog dan wacana juga telah dijalankan mengenai isu pengenalan diri dan kewarganegaraan oleh pihak kami,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan