Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto: Bernama

Saya sedia dipecat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Krisis dalaman UMNO kian memuncak apabila tersebar tangkap layar menyatakan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersedia sekiranya beliau dipecat daripada parti itu.

Tangkap layar itu dikongsi oleh anaknya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri menerusi hantaran di instastory Instagramnya petang tadi.

“Saya sedia dipecat, tetap tidak akan bersama PH (Pakatan Harapan),” tulis Ismail Sabri pada tangkap layar perbualan kumpulan aplikasi aplikasi WhatsApp Ketua – Ketua Bahagian UMNO Malaysia.

Nina kemudian turut menyertakan penerangan ‘Biar tak berkuasa, jangan tidak berprinsip’.

Tangkap layar di Instagram Nina Ismail Sabri mengenai kesediaan bapanya untuk dipecat daripada parti yang tular hari ini.

Tengah hari tadi, Ismail Sabri mengesahkan beliau turut hadir pada pertemuan kumpulan pemimpin PH dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kumpulan itu diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Ahmad Zahid Hamidi di sebuah hotel berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menerusi Facebooknya meluahkan rasa terharu berikutan ketegasan Ismail Sabri mempertahankan ketetapan yang dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO iaitu tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Seorang lagi Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga menegaskan beliau rela dipecat daripada parti kerana tidak mahu bekerjasama dengan PH. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByFirdaus Ismail-
ByDouglas Elliot-
ByLuqman Muhammad-