KUALA LUMPUR, 21 Nov: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan berlaku rundingan dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang lebih stabil dan inklusif.
Anwar berkata, perkara lain yang dibincangkan termasuklah soal ekonomi.
Bagaimanapun setakat ini Anwar berkata, BN yang diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih belum memberikan kata putus sama ada akan memberi sokongan kepada PH atau sebaliknya.
“Perbincangan lebih kepada isu dasar dan keperluan untuk mewujudkan kerajaan yang stabil dan inklusif,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, PH juga bersedia untuk bekerjasama dengan gabungan politik di Sabah dan Sarawak.
“Sudah tentu. Kita tidak akan mengenepikan sesiapa,” katanya. -TVS