Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Piala Dunia yang sedang berlangsung di Qatar turut membuka ruang kegiatan perjudian dalam talian. Foto: Reuters

Piala Dunia: Tuan rumah Qatar tewas di tangan Ecuador

ByBernama

AL KHOR (Qatar), 21 Nov: Qatar muncul negara tuan rumah Piala Dunia FIFA pertama yang kecundang dalam perlawanan pembukaan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Tiada negara tuan rumah pernah tewas dalam perlawanan pertama sejak 1934, pada kejohanan empat tahunan itu.

Pada tahun 1970, Mexico diikat dengan keputusan seri 0-0 oleh Kesatuan Soviet.

Ecuador menundukkan Qatar dengan jaringan 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan A.

Kapten Enner Valencia menghadiahkan gol untuk Ecuador di Stadium Al Bayt di Al Khor.

Perlawanan itu disaksikan lebih 67,372 penyokong. Kebanyakan penyokong keluar meninggalkan stadium lebih awal sebelum wisel penamat.

Sasaran juara bertahan Piala Asia itu kini adalah untuk mengelak masuk ke pusingan kalah mati.

Selepas ini, Qatar akan bertemu Senegal pada Jumaat dan Belanda pada 29 November untuk melengkapkan peringkat kumpulan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan