Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seri Paduka mencemar duli melawat petugas media yang membuat liputan di Istana Negara. Foto Faitullah Morni (TVS)

Agong nasihat rakyat bersabar, jaga kesihatan

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat supaya kekal bertenang dan sabar untuk menantikan keputusan pembentukan kerajaan baharu.

Seri Paduka bertitah demikian ketika mencemar duli melawat petugas media yang berkampung di luar Pintu C Istana Negara hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mencemar duli memberi makanan dalam ‘goodie bag’ kepada para petugas media di luar Istana Negara. Foto: Faitullah Morni (TVS).

“Saya minta anda semua sabar dan jaga kesihatan, jaga diri. Jangan risau, kerajaan sementara masih ada,”titah Sultan Abdullah.

Sultan Abdullah turut meninjau khemah yang disediakan kepada petugas media bertugas di kawasan ini di samping menyerahkan cenderahati.

Sehingga kini, belum jelas gabungan politik yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan baharu dan calon yang akan ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Terdahulu, Istana Negara turut mengeluarkan kenyataan bahawa Seri Paduka perkenaan untuk melanjutkan tempoh ketua parti politik mengemukakan pencalonan nama Perdana Menteri Ke-10. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan