Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengundi berbaris menunggu giliran untuk membuang undi di Pusat Mengundi di Rumah TK Matthew Belulok Lalo Lepo Gah, Tanjung Tepalit, Ulu Baram, hari ini. Foto: Sylvia Nyurang

PRU-15: 12 pusat pengundian dibuka di Parlimen Baram hari ini – SPR

ByBernama

KUCHING, 21 Nov: Sejumlah 12 Pusat Mengundi bagi Parlimen Baram, Sarawak dibuka untuk proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini, selepas ia ditangguhkan sebelum ini akibat faktor cuaca.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata, waktu mengundi bermula dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari atau 2 petang, bergantung kepada Pusat Mengundi masing-masing.

Pusat mengundi terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah, SK Long Luteng, Rh TK Matthew Belulok Lalo, Kpg Lepo Gah, SK Long Sait, SK Long Tungan, SK Long Moh, SK Long Mekabar, SK Long Jekitan, SK Long Lamei, SK Lio Mato dan SK Long Banga.

Rh TK John Jau Wan di Long Semiang turut dibuka sebagai Pusat Mengundi tambahan.

Pada hari pengundian Sabtu lepas, SPR mengumumkan proses pengundian di 11 daripada 194 Pusat Mengundi untuk kawasan Parlimen itu digantung ekoran keadaan cuaca yang tidak baik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan